Kali ini saya ingin menulis mengenai ‘Goods and Services Tax’ di Malaysia. Bagaimana pelaksanaannya dapat membantu ekonomi negara (yek?) dan serba sedikit kepada kawan-kawan yang ingin mengetahuinya.
GST telah diperkenalkan atau dicadangkan oleh Kerajaan Malaysia dalam Bajet 2005 (ketika itu Pak Lah PM) untuk menggantikan sistem percukaian yang sedia ada sekarang yang terdiri dari 2 jenis cukai iaitu cukai perkhidmatan (service tax) dan cukai jualan (sales tax). Dikatakan GST ini akan menjadi satu sistem yang komprehensif, efisen, transparent dan efektif iaitu dapat meningkatkan tax compliance. (agaklakan).
Jadi apakah yang akan terjadi jika sistem ini diperkenalkan? Adakah ia akan meningkatkan lagi harga barangan di pasaran?
GST merupakan cukai terhadap penggunaan tempatan/domestik. Cukai hanya dibayar kepada barangan/perkhidmatan termasuklah barangan import. Secara umumnya, barangan yang dijual dan perkhidmatan yang diberi di Malaysia dikenakan cukai. Namun pengecualian cukai akan dikenakan berdasarkan sebab² yang tertentu. Contohnya, pengguna perkhidmatan bank yang dikecualikan cukai.
GST yang dikenakan kepada pengguna dikenali sebagai cukai output dan cukai yang dibayar pada pembelian oleh sektor perniagaan dipanggil cukai input.
Selalunya, GST akan dikenakan kepada semua jenis barangan dan perkhidmatan dengan pengecualian kepada beberapa barangan keperluan seperti beras, sayuran, daging, ayam, ikan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perbankan, ATM Cards dan insurans nyawa.
Semua orang di Malaysia termasuklah sole proprietors, badan koporat, kelab, pertubuhan, perniagaan dan sekutunya akan dikenalpasti perlu dikenakan GST ini kecuali kerajaan memutuskan sebaliknya. Manakala perusahaan kecil²an akan dikecualikan dengan GST ini.
Bagaimana GST mempengaruhi kita ini, kita, kita yang sedang membaca apa yang saya tulis ini, ya kita, kita la sapa lagi, ha bagaimana?
Jika kita pergi ke restaurant yang jenis ala-ala mamak tu, kira macam pizza hut smer tu termasuklah rokok akan dikenakan GST. Jika kita mendaftar masuk hotel, kita akan dikenakan rate GST bukan lagi 5% cukai kerajaan. Pembelian di supermarket macam GIANT, TESCO, JUSCO dan sekutunya juga akan dikenakan GST. Stesen minyak, parking, toll juga akan dikenakan GST. Pendek cerita pengguna seperti kita ini lah yang akan menanggung cukai tersebut. Ya kita, KITA.
Kenaikan harga juga tidak dapat dijangka peningkatan. Sistem sekarang di mana, 5%-10% cukai perkhidmatan akan digantikan dengan GST 5% dan ke bawah. So, kita tidak akan tahu berapakah ringgit lagi kenaikan yang perlu ditanggung oleh pengguna seperti kita ini.
Seperti contoh;
GST akan digunapakai di setiap fasa barangan itu dikeluarkan dari bahan mentah sehingga ke produk akhir untuk pengguna. Sila lihat contoh di bawah;
RM0.50 – barangan mentah yang akan dikenakan kepada pembekal
RM2.00 – dikenakan kepada pengilang
RM 1.00 – dikenakan kepada pemborong
RM1.50 – dikenakan kepada peniaga
————
RM5.00 – JUMLAH GST yang dibayar untuk barangan
————
Mengambil kira contoh di atas, jika pengilang mengeluarkan 10, 000 unit sebulan, cash flow intuk GST adalah RM5,000 sebulan (RM0.50 x 10,000).
Bagi pemborong, cash flow pula RM25,000 sebulan (RM2.50 x 10, 000 unit)
Bagi peniaga pula, cash flow RM35,000 sebulan (RM3.50 x 10,000 unit).
wahh, kira la berapa ringgit yang akan kita tanggung selepas perlaksanaan GST di Malaysia nanti.
Tapi, jika ke kedai kopi yang sempoi2 tu, gerai burger, kita pergi klinik, hospital, cukai tidak akan dikenakan langsung. Maknanya, ini mungkin dapat memajukan bisnis² gerai burger dengan jayanya. Namun begitu, mungkin harga juga dinaikkan kerana kemungkinan peniaga-peniaga kecil ini juga ditekan oleh peniaga-peniaga besar atau sememangnya mereka tamak.
Namun, tujuan utama GST diperkenalkan di New Zeland, Australia, Singapore dan beberapa lagi negara maju di dunia ini adalah ingin mengurangkan beban kepada rakyat di mana rakyat boleh memilih untuk tidak membeli barangan di kedai yang mahal dan boleh memilih membeli di kedai yang berpatutan. Maknanya memberi kuasa penuh kepada pembeli / pengguna akhir seperti KITA ini supaya peniaga tidak bermaharaja lela adanya. Tapi tatau keadaannya di Malaysia ini kerana kebanyakan yang menindas itu mempunyai pengaruh yang kuat.
Baiklah, sekian saja pembentangan saya. Adakah anda sudah bersedia?
Update: GST akan dikuatkuasa bermula 1 April 2014 pada kadar 6% (Pembentangan Bajet 2014 oleh Najib Tun Razak)