Roti Naan Elita

Dinner kami sekeluarga hari ini simple sahaja, Roti Naan, Ayam tandoori dan kuah dal. Dan semuanya homemade. En.Aman suka especially kuah dal mamanya masak itu. Preparation 1 jam 30 minit untuk kesemua. Ya, orang cakap, kalau gi mamak tunjuk je dah siap. Kejap saja. Tapi kepuasan itu tak terkata melihat En. Aman makan dengan sedapnye dan kita tahu bahan dalamnya.

Resepi roti Naan Rembun

400 gram tepung gandum
250ml air suam
2 sudu olive oil
2 sudu gula
1 sudu garam
1 setengah sudu yis
1 sudu baking powder
4 sudu plain yogurt (saya guna nestle)

Bancuh dan mix di dalam bread maker pilih dough (sbb saya malas nak bancuh)
Lepas tu bakar di atas kuali leper sehingga mengelembung! siap