Lagi resepi untuk dihidangkan dengan nasi putih
Bahan
2 ekor ikan makarel segar @ ikan sardin segar (direbus dengan sekeping asam keping yang kecil)
garam secukup rasa
sebiji mempelam yang telah dicincang halus
Cara Penyediaan
Ikan yang telah direbus itu, disejukkan. Kemudian asingkan tulang dan isi ikan. Isi ikan yang akan digunakan dalam resepi ini. Sila pastikan isi ikan yang telah diasing tidak mempunyai tulang walaupun satu. Amat membahayakan anak anda jika tercekik tulang ikan ini. Kemudian, tumbuk lumat bersama garam secukup rasa. Setelah sebati dan serasa, masukkan cincangan mempelam tadi, jumlah mempelam itu bergantung kepada anda, saya hanya menggunakan sedikit sahaja, iaitu dapat memberi rasa kepada resepi ini. Tumbuk sekata dengan isi ikan.
Hidangkan dengan nasi putih dan sayur kegemaran anak anda.