Bahan
100 gram spaghetti
6 biji tomato yang direbus – buang kulit
fresh oregano @ dried oregano
1 biji bawang besar (bawang benggala)
6 ulas bawang putih
2 sudu minyak zaitun
4 sudu tomato puri
Meatballs
200 gram daging ayam atau lembu
dried thyme – 1 tsp
dried oregano – 1 tsp
dried basil – 1 tsp
garam
lada hitam
roti putih – sekeping
Cara penyediaan
Tomota yang telah direbus dan dibuang kulit itu, dikisar halus. Panaskan minyak dengan 2 sudu minyak zaitun, Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, tomato dan garam secukup rasa. Dan jangan lupa oregano. Anda boleh guna fresh oregano (senang diperolehi di Jusco atau Cold storage dalam RM 2.99 ) Tunggu sehingga ianya masak atau jika anda nampak ianya sudah naik minyak.
Rebus spaghetti dengan minyak dan campurkan sedikit garam (jika mahu) bersama minyak zaitun (supaya spaghetti itu tidak melekat).
Cara Penyediaan meatballs
Daging ayam yang telah dibersihkan, dikisar halus dalam food processor. Kemudian campurkan dengan garam dan herba yang telah disediakan (penggunaan herba adalah bergantung kepada anda, jika mahukan ia berperisa Asia, Malaysia ka, boleh guna bawang putih, bawang merah etc). Setelah sebati, campurkan sekeping roti putih ke dalam kisaran daging tersebut. Tujuan roti putih adalah supaya apabila kita menggoreng bebola daging (meatballs) dia tidak akan pecah. Ok, setelah dibulatkan mengikut saiz yang anda suka, goreng dengan menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak, cukuplah sekadar boleh menggoreng meatballs itu.
Hidang spaghetti, sos dan meatballs, anak anda pasti meyukainya!