Part 1: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship)

Kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya mendaftarkan perniagaan saya buat kali pertama. Di Malaysia jika anda ingin membuka perniagaan seperti Gerai Pisang Goreng, Kedai Yong Tau Fu atau perniagaan besar seperti Perniagaan Tayar Chow Ai Fatt, anda perlulah mendaftarkan perniagaan anda itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Terdapat 2 cara untuk mendaftarkan perniagaaan ini. Pertama dengan mengunjungi pejabat SSM sendiri / cawangan yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda. Anda boleh melawat laman web SSM untuk maklumat lanjut.

Kedua, adalah menggunakan pendaftaran online (atas talian). Di sini, anda tidak perlu ke mana-mana, tetapi hanya perlu berada di depan komputer, tablet pc, even smartphone yang mempunyai sambungan ke internet.

Oleh kerana 2 pilihan ini, maka saya ingin mencuba pengalaman mendaftarkan perniagaan saya dengan pilihan kedua ~ atas talian. Saya ingin melihat efektif tak sistem yang ada di Malaysia ini. ahaks!

Bagi mereka yang ingin mendaftar secara talian, anda perlulah mendaftarkan diri dulu di laman web mygovernment terlebih dahulu.

Mari kita lihat bagaimana pengalaman saya mendaftarkan diri di mygovernment ini.

1. Sila lawati lama web ini: http://www.malaysia.gov.my/home

2. Klik daftar di laman depan seperti di bawah.

daftar

3. Kemudian anda akan landing ke page berikutnya. Dan klik ‘daftar’.

daftar1

4. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran online. Di sini anda dikehendaki untuk mengisi segala butir-butir peribadi yang dikehendaki. Sila lihat paparan laman di bawah ini. Setelah selesai mengisi segala butiran, sila klik ‘hantar”.
daftar3

Anda akan menerima email notis selepas pendaftaran selesai dilakukan. Sila semak email anda bagi tujuan pengesahan dan seterusnya untuk membolehkan anda login ke dalam portal myGovernment. Email yang saya terima seperti di bawah ini.

email1

Sila klik “click here” iaitu link yang disertakan untuk mengaktifkan pendaftaran anda dengan myGovernment.

yay

Pendaftaran anda telah aktif jika anda melihat paparan sepeti di atas. Dan anda sekarang bolehlah meneruskan journey untuk mendaftarkan perniagaan anda pula. Masa yang telah saya ambil untuk proses pendaftaran di myGovernment adalah lebih kurang dalam 15 minit termasuk menantikan email itu kunjung di inbox email saya. ok, not bad at all so far kan.

Kita bersambung di Part 2: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship).

Nantikan sambungannya. hehe